Ayam Golek Nara Seafood, Pantai Dalam

Suatu ketika dahulu kalau sebut sahaja Ayam Golek Nara 5 Bintang, pasti tahu di mana. Memang menjadi tumpuan setiap hari.

Sehingga satu masa terpaksa beratur panjang. Bagi pelanggan tetap Ayam Golek di Nara Seafood, beratur panjang tidak menjadi satu masalah kerana itu pengorbanan untuk menikmati kesedapannya. Tertutamanya pada bulan Ramadhan. Memang cepat habis!

Restoran Ayam Golek Nara Seafood Pantai Dalam

Ayam golek mereka diperap selama 3 jam dengan rempah sebelum dibakar dan dihidang panas-panas. Rempah yang dilumur pada ayam adalah resepi rahsia keluarga. Untuk makluman, Nara Seafood sudah beroperasi lebih dari 20 tahun di Taman Bukit Angkasa, Bangsar.

Kami singgah disini jam 9 malam. Alhamdulillah rezeki untuk makan ayam golek masih ada. Dapat juga merasa ayam golek tersedap di Kuala Lumpur.

Ayam Golek Nara Seafood Pantai Dalam 2
Ayam Golek Nara dihidang panas-panas – RM22.00 seekor
Ayam Golek Nara
Ayam Golek Nara.. Nampak sedap kan?

Ayam Golek Nara 5 Bintang

Untuk pengetahuan ayam golek disini tidak dijual separuh tetapi hanya dijual seekor dengan harga RM22.00 seekor (whole chicken)

Bagi saya, ayam golek di Nara Seafood memang 5 bintang! Sekali makan terasa nak lagi. Rasa kulitnya yang rangup, ditambah dengan kemanisan rempahnya yang memang memukau. Menjilat jari dibuatnya!

Pada awalnya kami hanya memesan separuh untuk dihidang dan separuh lagi untuk tapau. Akan tetapi kerana tak tahan sedap, kami makan sekali bahagian yang telah di tapau!

Ayam Golek Nara 2
Ayam golek hidangan separuh.. Sedap, garing dan moist!

Di Nara Seafood bukan sahaja ada ayam golek, masakan panas turut boleh didapati dalam menu mereka. Istimewanya, bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan, mereka menyediakan set untuk 2, 4, 6  dan 10 orang makan. (konsep kombo seperti di restoran fast food)

Menu Set Ayam Golek Nara Seafood Pantai Dalam
Menu Set Ayam Golek Nara Seafood Pantai Dalam

Kepada penggemar ayam golek, jangan lepaskan peluang merasa sendiri kesedapan Ayam Golek Nara @ Nara Seafood. Memang 5 star!

[infobox]

Ayam Golek Nara Seafood
Jalan Besar, Taman Bukit Angkasa, Off Pantai Dalam, 59200, Kuala Lumpur.

Waktu operasi : 4.00 pm – 2.00 am

Tel: +60 19-328 0032

Koordinat: 3.107533, 101.671806

Foursquare : https://foursquare.com/v/ayam-golek-nara-seafood/4e7b1a59775ba737a374e6bc

[/infobox]

Leave a Comment