Asam PedasMakan TengahariNegeri Sembilan

Asam Pedas Kasih Ibu. Tempat Makan Sedap di Port Dickson.

Port Dickson merupakan pusat pelancongan yang dikenali ramai, bukan sahaja rakyat tempatan, malahan pelancong asing. Lokasinya berdekatan dengan ibu negara Kuala Lumpur dan beberapa bandaraya utama lain seperti Melaka menjadikan Port Dickson salah satu pusat pelancongan pesisir pantai yang menjadi tarikan terutama kepada mereka yang ingin bersantai di tepi pantai. Tempat makan yang menyediakan menu tempatan yang sedap dan menarik juga banyak terdapat di sini. Antaranya ialah Restoran Asam Pedas Kasih Ibu.

Asam Pedas Kasih Ibu

Lokasi Restoran Asam Pedas Kasih Ibu sangat strategik dan senang dicari. Terletak betul-betul bertentangan dengan Pantai Teluk Kemang, salah satu pantai dan port lepak yang best di Port Dickson. Waktu puncak ialah waktu makan tengah hari. Pelbagai aneka lauk pauk disediakan seperti asam pedas, ayam goreng, paru berlado, ikan keli sambal, kari daging dan macam-macam lagi.

Kedatangan kami semestinya untuk Set Asam Pedas Kasih Ibu yang sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Ada asam pedas ikan kembung, ada asam pedas pari, ada asam pedas jenahak dan asam pedas ikan merah.

Sebenarnya, sudah beberapa kali kami menjamu selera di sini. Dari pertama kali hingga ke hari ini, pelanggan sentiasa penuh. Tips menjamu selera di sini, datang sebelum waktu puncak atau selepas waktu puncak. Kalau tidak, sila menunggu giliran anda untuk mendapat tempat.

asampedas3

Kali ini, kami memilih Set Asam Pedas Pari dan Ikan Jenahak. Set ini didatangkan bersama telur asin, ulaman dan sambal belacan yang kaw-kaw pedasnya. Faham-faham sahajalah rasa pedas masakan Nogori macam mana kan. Kalau ingin mencuba lauk-pauk lain, boleh pilih di kaunter lauk. Kombinasi asam pedas dan tauge goreng sentiasa menjadi pilihan kami.

Asam Pedas Kasih Ibu – Ikan Jenahak & Pari

asam pedas jenahak

Asam Pedas Ikan Jenahak. Rasa pedas asam pedas ini ialah tahap 4 daripada 5. Potongan ikan jenahak boleh tahan besar dan pasti mengenyangkan. Untuk rasa yang lebih masam masam manis, hirisan tomato dan bendi juga disediakan di dalam semangkuk asam pedas ini.

asampedaspari Asam Pedas Kasih Ibu

Kepada peminat pari, pastikan anda mencuba menu asam pedas pari ini. Isi pari yang lembut dan sebati dengan kuah asam pedas, pasti membuatkan anda ingin datang lagi ke sini. Tahap pedas sama sahaja dengan asam pedas ikan jenahak. Sekiranya anda tidak tahan pedas, pastikan tidak menghirup kuah asam pedas ini, nanti tersedak!

Harga? Bagi kami, sedikit tinggi tetapi masih boleh dipertimbangkan dengan kuantiti & kualiti rasa. Tips, boleh tanya harga dahulu sebelum membuat pesanan. Tepuk dada tanya selera.

Tempat letak kereta disediakan.

Alamat Restoran Asam Pedas Kasih Ibu:

Jalan Gv 4, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • senarai makanan sedap
  • menu negeri sembilan
  • makanan sedap di negeri
  • makanan sedap dan halal di pavillion kl
  • makan tengahari port dickson
  • senarai menu makanan
  • restoran asam pedas teluk kemang
  • menu yanng sedap
  • menu paling sedap
  • MENU MASAKAN MALAYSIA
  • senarai makanan yan
  • senarai masakan panas
  • cadangan makanan sedap
  • tempat makan best asam pedas di johor
  • Tempat makan lazat di bahau negeri sembilan
  • tempat makan menarik di negeri sembilan
  • tempat makan nurah dan sedap di port dickson
  • tempat makan sedap di negeri sembilan
  • menu masak
  • menu malaysia
Previous post

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh. Bukan Hanya Sekadar Nasi Lemak!

Next post

Masakan Kelantan Sedap di Restoran Srikandi Empire. Jangan Lupa Pesan Nasi Kerabu Daging Bakar!

Jamar

Jamar

TRAVELOG KEHIDUPAN - LIFESTYLE BLOGGER

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *