Bufet Ramadhan-Hotel Bangi-Putrajaya. Membantu Mereka Yang Kekurangan Melalui Kempen Care for Hunger

Hotel bangi-putrajaya 3
Sempena dengan Ramadhan ini, Hotel Bangi-Putrajaya juga tidak ketinggalan menawarkan Bufet Ramadhan pada orang ramai terutamanya mereka yang duduk sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya dan berdekatan.

Bufet Cita rasa Ramadhan ini disediakan di Cafe Lavista, kafe-restoran yang terletak di aras satu Hotel Bangi-Putrajaya. Sajian berbuka puasa ini mengetengahkan menu tradisional Melayu hinggalah antarabangsa.

Hotel Bangi-Putrajaya

Antara yang menjadi perhatian adalah hidangan Ubi Kayu Rebus yang disediakan oleh Chef Radzi memandangkan makanan tradisi ini sudah jarang dihasilkan lagi buat masa kini berbanding makanan tradisi yang lain.

Hotel Bangi-Putrajaya

Selain itu, bubur durian dan pulut juga menjadi daya penarik Bufet Ramadhan di sini. Buburnya yang pekat dan berlemak ini memang enak dimakan bersama pulut panas. Memang tidak cukup satu mangkuk, pasti pengunjung akan menambah dan menambah lagi dek kesedapannya!

Hotel Bangi-Putrajaya

Hotel Bangi-Putrajaya

Peminat ikan bakar dan kambing panggang pasti teruja melihat pelbagai jenis ikan bakar yang boleh dinikmati bersama air asam, kicap pedas, sambal belacan dan berbagai jenis sos. Memang rasa nak makan semuanya.

Aneka jenis gorengan seperti pisang goreng, jemput-jemput dan sebagainya boleh juga dipilih di kaunter goreng yang disediakan di bahagian luar cafe.

Cafe Lavista turut menawarkan sajian ‘Novel Gourmet’ nya yang terkenal. Ia meliputi wood-fired pizza, sizzling wok-stir fries dan bar makanan laut yang segar.

Hotel Bangi-Putrajaya

Juga hidangan Barat seperti Spagetti dan pasta yang menyelerakan serta aneka hidangan pemanis mulut yang enak terdiri daripada kuih-muih tempatan dan pastri.

Tidak terhad kepada Bufet Ramadhan, Cafe Lavista juga menyediakan Bufet Mini Sahur bermula pada pukul 4 pagi sehingga 5.30 pagi.

Memandangkan Hotel Bangi Putrajaya adalah ‘humanitarian partner’ kepada Islamic Relief Malaysia, sebanyak RM3.50 akan disumbangkan kepada Kempen Care for Hunger untuk setiap orang dewasa yang berbuka puasa di sini.

Harga bufet: RM90 nett (dewasa) dan RM45 nett (kanak-kanak)-Hanya untuk tarikh 6-9 Jun & 3-5 Julai sahaj
Harga bufet: RM100 nett (dewasa) dan RM50 nett (kanak-kanak)- Hanya untuk tarikh 10 Jun hingga 2 Julai

Untuk menempah:
Hubungi: 03-8210 2222
E-mel:[email protected]

Alamat: Bangi Hotel Sdn Bhd, off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi

Leave a Comment