Buffet RamadhanShah Alam

150 Hidangan Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra kanak-kanak
Kemudahan solat
Parking
Bersih
Hotel de Palma terletak di Jalan Nelayan Seksyen 19 Shah Alam.

Baca Review Terbaru : Buffet Ramadhan 2015 Hotel De Palma Shah Alam

Ramai yang membuat carian Buffet Ramadhan 2014 yang sedap, murah dan pastinya halal. Buffet Ramadhan di Hotel De Palma Shah Alam boleh tahan harganya, tidak mahal dan tidak terlalu murah. Kami sempat berbuka puasa disana beberapa hari yang lepas. Tema Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam kali ini adalah Periuk & Belanga Masakan Melayu. Tapi sebenarnya bukan masakan melayu sahaja yang dihidangkan, macam-macam ada!

Harga Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam

Tahun 2014 ini De Palma Hotel Shah Alam menjanjikan kelainan dengan masakan warisan Melayu zaman dahulu kala. Hampir 150 hidangan disediakan untuk buffet ramadhan pada tahun ini seperti ikan pari masak assam pedas rebus dan bendi, Rendang Udang Galah dan Daun Kunyit, Pucuk Paku Masak Lemak, Sup daging lembu dan macam macam lagi.

De Palma Hotel menggunakan konsep ala gerai bazar dengan menu 1Malaysia hidangan ala Melayu, Cina dan India. Macam-macam ada.

Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam 13Masakan Pantai Timur. Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.. Marvelous!! Terubat rindu pada kampung halaman bila dapat makan nasi dagang

Selain dari pada itu, menu pengantin turut dihidangkan pada Buffet Ramadhan tahun ini seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk, Pajeri Nenas dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, bagi memeriahkan suasana pelamin yang cantik turut dipasang di atas pentas. Kalau yang tak tahu pasti ingat ada majlis kahwin sedang berlangsung!

Paling istimewa, sebelum berbuka, tahlil ringkas di adakan oleh Ustaz-ustaz jemputan bagi mengisi waktu senggang sebelum Azan Magrib yang dilaungkan secara langsung di The Grand Ballroom. Selepas berbuka pun, akan ada alunan mengaji Al-Quran dan juga sedikit tazkirah oleh ustaz. Sambil makan boleh mendengar tazkirah di bulan mulia ini.

Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam 9Kambing bakar.! Hidangan yang dinanti ramai… Sedap!

Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam 7

Yong Tau Fo pon ada!!

Buffet Ramadhan 2014 Hotel De Palma Shah Alam 8

Ubi kukus!.. makan dengan sambal.. Perghh..

Buffet Ramadhan 2014 Hotel De Palma Shah Alam 11

Sayur campur! Vegetarian punye. Anda yang vege boleh cuba

Promosi Buffet Ramadhan 2014 Hotel De Palma Shah Alam 10

Raya lama lagi, tapi jika ada yang mengidam makan ketupat palas dan juga rendang, boleh datang buffet ramadhan De Palma Hotel. Terbaik! Live tutorial membuat ketupat pun ada

Air Mata Kucing Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam 4

Berbuka dengan air mata kucing. Terus segar! 

ABC Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam 1

Periuk Belanga Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam 12

Ini dia juadah utama. Awal-awal tadi side dishes atau menu sampingan sahaja. Udang rendang ada, asam pedas ada, daging kicap pun ada, gulai telur itik pun ada. Bak kata orang, macam-macam ada!

Jika takut terlalu kenyang dan tak sempat nak berterawih, jangan risau sebab De Palma Hotel Shah Alam turut mengadakan solat magrib, isyak dan terawikh secara berjemaah. Lepas makan boleh terus ke surau untuk berjemaah. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa untuk solat di rumah.

Harganya macam mana? Bagi anda yang teringin menikmati Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam bersama-sama rakan-rakan atau keluarga boleh membuat tempahan hanya dengan RM75 untuk dewasa dan RM37.50 untuk kanak-kanak.

*** BERITA BAIK ***

Promosi Buffet Ramadhan 2014 De Palma Hotel Shah Alam

Giveaway! Nampak tak voucher dua keping gambar di atas?

Team Myselera.com ingin kongsikan kepada pembaca yang bertuah sepasang voucher untuk Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam.

Bagaimana? Hanya komen di bawah – “Saya ingin voucher Buffet Ramadhan 2014 De Palma Hotel kerana…………….. “

Tarikh tutup : 13 Julai 2014

Tahniah kepada Khairul bin Masseat, anda adalah pemenang voucher buffet ramadhan De Palma Hotel Shah Alam.!!!

Berita baik untuk semua pembaca blog www.MySelera.com. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 15% dengan hanya menyatakan nama blog ini jika anda ke Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Jadi jangan lupa ok!

[box_info] Buffet Ramadhan 2014 De Palma Hotel Shah Alam
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19,
P.O. Box 7511,
40718 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk tempahan
No. Tel : 03-5542 8080 (Jabatan Jualan Ext : 519)[/box_info]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”12″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”false” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.084471, 101.532856{}1-default.png{}De Palma Inn Shah Alam” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • ramadhan buffet di palma hotel hotel shah alam
Previous post

Promosi Ramadhan Flamin Spicy dari Kenny Rogers ROASTERS

Next post

Buffet Ramadhan Nostalgia Selera Kampung, Hotel Sentral Johor Bahru

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *