Restoran Mamak

14 Restoran Mamak Yang Awesome Untuk Berbuka Puasa! (Luar Lembah Kelang)

Pada bulan puasa, kadang-kala kita bosan makan masakan yang dibeli dari bazar Ramadan. Selepas seminggu, kita mula nampak makanan yang dijual sama sahaja. Tidak ada banyak beza.

Maka tekak mula rasa mahu makanan yang lain. Kalau rajin, boleh masak sendiri di rumah. Kalau tidak berapa nak rajin, boleh singgah ke kedai mamak. Servis cepat dan pantas!

Saya ingin kongsikan tempat berbuka puasa di restoran mamak yang awesome dan menjadi tumpuan, di luar Lembah Klang.

Di mana?

1. Original Penang Kayu Nasi Kandar, Penang

Original Kayu Nasi Kandar, Penang

Nasi kuah campur, sotong, ikan masing dan sayur bendi. Harga RM8.80

Kalau di Penang, beratur untuk makan nasi Nasi Kandar adalah perkara biasa. Terutamanya di Original Penang Kayu Nasi Kandar yang terletak di Sungai Nibong, Bukit Jambul Penang. Saya telah melalui pengalaman beratur di restoran ini, namun ia sangat berbaloi!

Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar merupakan restoran wajib singgah makan. Kalau bulan puasa, gerenti penuh punya!.

Asal-usulnya, restoran mamak ini hanya bermula dengan sebuah kedai kecil yang terletak di SS2 Chow Yang pada tahun 1974. Kini sudah menjadi restoran popular di Lembah Kelang dan Pulau Pinang.

Apa yang special di sini? Tentu sekali kari kepala ikan dan juga kari sotong!

Lokasi : 15, Lebuh Nipah, Sungai Nibong Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang

 

2. Restoran Yassin Curry House, Tawau, Sabah

Nasi Briyani Ayam - Foto kredit : FourSquare

Nasi Briyani Ayam – Foto kredit : FourSquare

Tak banyak restoran atau kedai mamak di Sabah. Akan tetapi kalau sebut saja Restoran Yasin Curry House, pasti orang Tawau tahu. Antara restoran mamak yang popular di Tawau. Pasti bulan Ramadhan menjadi tumpuat untuk warga Tawau berbuka puasa bersama keluarga atau kenalan.

Menurut blog Tawau Menjerit, makanan yang menjadi favourite di restoran ini adalah Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Kambing dan juga Ayam Madu. Tetapi katanya, harga makanan di sini sudah semakin naik!

Lokasi : TB 4415 & 4416, Sabindo Square, 91000, Tawau, Sabah

 

3. Nasi Kandar Mohabbath, Sungai Petani, Kedah

Kalau mencari kedai nasi kandar murah, ini salah satunya. Restoran Nasi Kandar Mohabbath ini terletak di Sungai Petani, Kedah.

Macam biasa, makanan favourite rakyat Malaysia apabila pergi kedai mamak adalah Maggi Goreng, nasi kandar kuah melimpah dan roti canai.

Lokasi : 187 Lorong Gamelan 5, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

 

4.  Restoran Biriyani, Sri Manjung, Perak

Restoran Biriyani yang terletak di Sri Manjung, Perak mendapat rating sebanyak 6.9/10 dari laman web check-in popular FourSquare.

Digelar sebagai ‘Hottest mamak in town‘ oleh seorang pengguna FourSquare, kami pasti ia disebabkan oleh minuman popular disini iaitu Teh Tarik! Kalau sudah gian teh tarik masa bulan puasa, eloklah singgah ke sini untuk warga Perak!

Rata-rata yang pernah menjamu selera disini menyatakan Teh Tarik antara minuman paling sedap. Dan makanan paling sedap disini adalah Nasi Briyani.

Lokasi : No.272, PT 14307, Jalan PPMP ¾, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung Perak D.R

 

5. Restoran Ayoob, Batu Berendam, Melaka

Di Melaka pula, restoran mamak yang popular salah satunya adalah Restoran Ayoob. Restoran yang terletak di Batu Berendam ini mendapat rating 6.8/10 dari laman FourSquare.

Salah satu perkara yang menjadi punca utama penggemar restoran mamak kesini adalah kerana wifi, service yang laju dan friendly. Makanan biasa yang ada, untuk kedai mamak seperti mee goreng, roti canai dan lain lain.

Lokasi : No.1 , Jln MJ 38 , Taman Merdeka Jaya , Batu Berendam 75350 Melaka

 

6. Restoran Sayed Bistro, Johor Bahru, Johor

Restoran Sayed Bistro, JB

Foto kredit : FourSquare

Restoran Sayed Bistro yang terletak di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru mendapat rating 6.8/10 di laman FourSquare dan rata-rata komen ini adalah restoran mamak popular di Johor Bahru.

Apa yang special? Roti nan cheese tampal. Belum cuba belum tahu!.

Kalau nak cuba roti naan cheese tampal sedap di Johor Bahru semasa berbuka puasa, boleh ke Restoran Sayed Bistro.

Lokasi : No. 1 , Jalan Harmonium 23/14 , Taman Desa Tebrau , 81100 JB

 

7. Aliff Curry House, Kuantan, Pahang

Bulan puasa, tiba tiba rasa nak makan nasi daun pisang? Yes! Ini tempatnya apabila anda berada di Kuantan. Salah satu restoran yang popular dengan Indian Food dan pasti ada yang akan terliur dibulan puasa ni bila tengok gambar ini!

Aliff Curry House, Kuantan

Foto kredit : FourSquare

Tak disangka ini merupakan antara restoran popular di Kuantan kerana mendapat ranking agak tinggi di FourSquare iaitu 7.7/10. Kebanyakannya memberi komen yang positif terhadap nasi daun pisang disini.

Arghh.. Warga Kuantan yang tak pernah makan dekat sini mesti cuba sekali. Makan nasi kandar dalam daun pisang dengan makan dalam pinggan memang lain rasanya.

Lokasi : Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang

8. Restoran Taj Point, Kuantan, Pahang

Restoran Taj Point, satu lagi restoran yang agak familiar bagi penduduk Kuantan. Restoran ini menyediakan makanan India dan paling special adalah Kari.

Walaupun hanya mendapat rating 5.6/10 di Foursquare, tetapi komen yang diterima banyak yang positif. Antara makanan yang menjadi tumpuan adalah roti canai, beriani, dan kari kambing.

Lokasi : B-602, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Pahang

 

9. Restoran JJ Corner, Sandakan, Sabah

Di Sandakan pula, restoran mamak yang menjadi tumpuan apabila berbuka adalah Restoran JJ Corner. Restoran yang menyediakan makanan Melayu dan makanan India.

Walaupun tiada rating di Foursquare, tetapi ada yang menyatakan roti tisu disini tidak kurang hebatnya. Cuma harga disini dikatakan agak mahal.

Lokasi : Lot 9, Block 1, Tingkat Bawah, Harbour Square, Jalan Pryer, Sandakan, Sabah.

 

10. Restoran Seri Sahabat Maju, Melaka

Asyik makan asam pedas je, tukar la sekali sekala berbuka dengan mamak di Melaka. Restoran yang terletak di Jalan Ong King Wee, Melaka.

Makanan favourite rakyat Malaysia apabila pergi restoran mamak adalah Maggi Goreng. Dan disini yang special adalah maggi goreng pedas! Komen diterima di FourSquare rata-rata menyatakan Maggi Goreng disini berhantu kerana kepedasan dan kesedapannya.

Orang Melaka yang gemar Maggi goreng wajib cuba ni!

Lokasi : No. 45 Jalan Ong Kim Wee, Melaka

 

11. Restoran Afra, Kluang Johor

Restoran ini dibuka 24 jam. Berbuka boleh, sahur pun boleh. Dikatakan salah satu kedai mamak yang menyediakan roti canai sedap di Kluang.

Walaupun tiada rating yang diberikan di Foursquare, akan tetapi restoran ini juga dikatakan mempunyai persekitaran yang agak bersih.

Lokasi : No. 1, Jalan 3, Taman Delima, 86000, Kluang Johor

 

12. Restoran E&Y, Harmonium, Johor Bahru, Johor

Restoran yang terletak di Desa Tebrau, Johor menyediakan makanan melayu dan juga india.

Datang restoran mamak tak lengkap kalau tak order roti canai ataupun maggi. Orang Desa Tebrau suka lepak sini sebab wifi yang laju!.

Rating di Foursquare 6.9/10.

Lokasi : No.31, Jalan Harmonium 9, Taman Desa Tebrau, 81100, Johor Bahru

 

13. Hussain Nasi Kandar, Alor Setar, Kedah

hussain-nasi-kandar-alor-setar-kedah

Terletak berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah, restoran ini sangat bersih dan dijaga rapi.

Banyak-banyak makanan yang disediakan, ramai memilih roti salad. Apakah roti salad? Ia adalah gabungan roti canai + roti john + salad.

Rata-rata mengatakan makanan di sini sedap. Memenuhi selera dan boleh membuatkan dompet kosong.

Rating di Foursquare 7.2/10

Lokasi: No 12, 13, 14, Taman Sri Astana, Fasa 1 Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah

 

14. Restoran Nasi Kandar Ameen Maju, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Restoran ini bukan terletak di bahagian pulau. Namun, rasa nasi kandar di sini tetap sama dengan nasi kandar di bahagian pulau.

Lokasi: 2109, Jalan Rozhan, Taman Impian Ria, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Bonus:

15. Mid Valley Seafood, Bintulu, Sarawak

Tunggu dulu! Ini bukan Mid Valley di Kuala Lumpur. Dan ini juga bukan restoran mamak. Restoran Mid Valley ini terletak di Bintulu Sarawak.

Kami sekadar cadangkan tempat ini kerana makanan yang enak-enak di sini. Antara menu yang paling popular di restoran Mid Valley Seafood cheese prawns and salted egg squids. Ramai yang mencadangkan supaya merasa kedua-dua makanan ini.

Rating di Foursquare 7.1/10

Lokasi: Lot 193, Jalan Tu Ahmad Zaidi, Parkcity Commercial Square, Phase 3, Bintulu, Sarawak

 

Rasa kembung perut selepas berbuka puasa?

Selesai berbuka puasa, jika anda mengalami rasa perut tidak selesa, ada kemungkinan yang anda mengalami masalah ketidakhadaman.

Makan terlalu banyak, makan terlalu cepat dan makan makanan pedas atau berminyak adalah antara punca ketidakhadaman.

Gejala yang paling jelas ialah perasaan kembung atau rasa sangat penuh yang selalunya berlaku akibat makan secara berlebihan.

eno-perisa-biasa-lemon-halia-nenas-oren

 

Apabila mengalami masalah ketidakhadaman, apa yang kita mahukan ialah kelegaan cepat. Cubalah ENO!.

ENO sungguh menyegarkan dan mempunyai lima perisa – Biasa, Lemon, Halia, Nenas dan Oren.

*Nota: Entri ini ditaja oleh ENO

Akhir kata

Cukup 14 lokasi restoran mamak untuk berbuka puasa di luar Lembah Kelang, dengan tambahan 1 restoran seafood di Sarawak. Bukan apa, senang buat senarai ini jika tiba-tiba buntu dan tidak tahu nak berbuka puasa di mana.

Ingat, jangan makan berlebihan kerana nanti akan jadi malas untuk solat Terawih. Jangan juga membazir kerana itu amalan syaitan.

Selamat menjalani ibadah puasa!

 

Previous post

15 Restoran Mamak Yang Awesome Untuk Berbuka Puasa! (Lembah Klang)

Next post

Magnum Cafe Kuala Lumpur Mula Saji Masakan Melayu Barat

Ohver

Ohver

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *